Sukan Hari Ini

Everton Kecewakan Arsenal

LONDON: Harapan Arsenal untuk memperkukuhkan kedudukan dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) terjejas selepas Everton menewaskan mereka 0-1 menerusi jaringan kapten pasukan, Phil Jagielka dalam saingan di Goodison Park.

Pertahanan veteran itu yang disenaraikan selepas Michael Keane terpaksa menarik diri akibat kurang sihat, menjaringkan gol pada minit ke-10 bagi memastikan pasukannya mencatat kemenangan liga kali ketiga berturut-turut.

Keputusan itu juga sekali gus menyaksikan The Gunners kekal ditangga keempat carta liga selepas terlepas peluang untuk memintas pesaing London Utara, Tottenham Hotspur yang menduduki tangga ketiga ketika ini.

Skuad bimbingan Unai Emery kini kekal dengan 63 mata, satu mata ketinggalan di belakang Spurs, namun memiliki jumlah mata sama dengan Chelsea yang berada di tangga keempat tapi dua mata di depan Manchester United.

Situasi itu sekali gus menjadikan perebutan dua tempat terakhir ke Liga Juara-Juara semakin sengit.

Jaringan kemenangan Everton itu meletakkan Jagielka sebagai penjaring tertua liga musim ini iaitu 36 tahun 233 hari – gol yang diperoleh selepas Arsenal gagal menepis lontaran jauh Lucas Digne.

Kejayaan itu juga sekali gus membolehkan Everton naik ke tangga kesembilan liga hasil himpunan 46 mata.

– REUTERS

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");