Panasnya Hari Ini

EXCO Baharu Akan Dilantik Dalam Tempoh 14 Hari – MB Johor

JOHOR BAHRU: Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO) yang baharu akan dilantik dalam tempoh 14 hari, kata Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan mempercepatkan proses pelantikan itu demi melancarkan pentadbiran negeri.

“EXCO baharu akan dilantik dalam tempoh 14 hari namun saya akan cuba mempercepatkannya.

“Memang apabila terjadi perubahan pucuk pimpinan akan ada perubahan kepemimpinan dan portfolio baharu (akan diwujudkan).

“Datuk Osman Sapian (bekas Menteri Besar) ada tim (pasukan) beliau dan saya juga akan ada tim yang selesa untuk bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor, di Kempas, dekat sini, hari ini, lapor BH Online.

Yang turut hadir, Pengerusi BERSATU Johor, Datuk Osman Sapian; Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Aminolhuda Hassan; Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

Sementara itu, Dr Sahruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, berkata beliau akan menggalas amanah sepenuh hati untuk memastikan kemajuan Johor dan rakyat dapat menikmati pembangunan yang dirancangkan.

“Insya-Allah dengan bantuan EXCO dan ADUN yang lain saya akan pastikan Johor terus bergerak ke hadapan di samping memastikan kebajikan rakyat terus diutamakan.

“Datuk Osman sudah banyak membuat perancangan yang baik sebelum ini dan saya akan teruskan semua agenda yang sudah dirancang, ” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");