Perak Hari Ini

Exco Tetap Sokong Kepimpinan MB Perak

IPOH- Exco kerajaan negeri dan semua ADUN Pakatan Harapan (PH) akan tetap berdiri teguh dan memberi sokongan padu terhadap kepimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, dalam menerajui negeri.

Ini berikutan wujudnya satu rakaman audio yang telah tular di media sosial kononnya terdapat perbincangan seorang exco kerajaan negeri Perak dengan wakil pembangkang yang dikatakan telah mengkritik kepimpinan Ahmad Faizal.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri Asmuni Awi berkata, rakaman audio yang telah tersebar itu merupakan satu perbuatan dan propaganda ‘pecah dan perintah’ serta iri hati terhadap kepimpinan Kerajaan Pakatan Harapan negeri Perak.

“Isu ini sebenarnya menambahkan lagi perpaduan kami dan menguatkan lagi hubungan kami sebagai sebuah keluarga demi kepentingan rakyat Perak khasnya.

“Bagi menjawab semua keraguan, saya mewakili semua Exco dan ADUN PH dengan ini menzahirkan sokongan penuh kami yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Menteri Besar sebagai ketua dan pemimpin PH negeri Perak,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi PH Perak.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media yang turut dihadiri beberapa Exco dan ADUN PH di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Antara yang kelihatan hadir pada sidang media tersebut, Tan Kar hing, Paul Yong Choo dan juga Hasnul Zulkarnain.

Pada perkembangan sama, Asmuni yang mewakili semua exco turut berjanji kepada rakyat negeri Perak untuk meletakkan agenda rakyat sebagai keutamaan mereka bagi memastikan peningkatan taraf ekonomi dan kesejahteraan rakyat negeri ini seluruhnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");