Berita Hari Ini

Gelaran Datuk Abdul Azeez Ditarik Balik

KOTA BHARU: Istana Kelantan menarik balik Tauliah Perlantikan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang dianugerahkan kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, 53, berkuat kuasa 2 April lalu.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Nazran Muhammad berkata, Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling sudah dimaklumkan perkara berkenaan menerusi surat yang disampaikan kepadanya pada hari sama.

Beliau berkata, dengan demikian mulai tarikh itu, Abdul Azeez tidak boleh lagi menggunakan gelaran Datuk.

“Apa-apa kuasa atau perkara yang berkaitan dengan anugerah Darjah Kebesaran ini juga tidak boleh digunakan.

“Yang berbahagia Datuk Seri Panglima juga dikehendaki mengembalikan ketandaan Darjah Kebesaran yang berkaitan kepada Yang Berhormat Datuk Perwira Raja, Pengelola Istana D’Raja, Pejabat Sultan Kelantan, Istana Balai Besar, Kota Bharu dengan serta merta,” katanya dalam satu siaran media di Kota Bharu, hari ini.

Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salahguna) (Pindaan) 2015 diwartakan kerajaan negeri pada 27 Ogos 2015.

Enakmen itu memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun bagi mana-mana orang yang menggunakan apa-apa Darjah, Tanda Kebesaran, Pingat, Lambang dan Bintang Kebesaran yang pernah dikurniakan oleh Sultan yang sudah ditarik balik oleh Baginda.

Enakmen itu juga memberi kuasa kepada polis untuk membuat penyiasatan di bawah enakmen terbabit termasuk kuasa untuk memasuki premis dan menggeledah serta menyita apa-apa keterangan atau barang kes yang disyaki berkait dengan kesalahan di bawah enakmen itu lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");