Berita Hari Ini

Geng ‘Spanar Jaya’ Tumpas

KOTA TINGGI: Polis melumpuhkan kumpulan pecah rumah dan kedai di daerah ini susulan penahanan tiga lelaki di sebuah premis di Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah, berkata suspek ahli kumpulan dikenali sebagai Geng Spanar Jaya berusia 23 hingga 32 tahun itu ditahan kira-kira jam 3.30 pagi.

Katanya, penahanan itu membolehkan pihaknya menyelesaikan sekurang-kurangnya 15 kes pecah rumah dan kedai serta dua kes kecurian kenderaan di daerah ini.

“Hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, sepasukan polis dari Balai Polis Bandar Penawar bersama anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi melakukan serbuan di premis itu sebelum menahan semua suspek.

“Pemeriksaan lanjut di premis berkenaan menemui pelbagai jenis peralatan pecah rumah selain dua motosikal yang disyaki digunakan dalam kegiatan pecah rumah dan kedai.

“Polis turut menemui satu paket kecil plastik lutsinar yang mengandungi dadah disyaki jenis Syabu seberat 1.5 gram,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, semua suspek direman sehingga 23 April depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan 379A Kanun Keseksaan selain Seksyen 12(2) serta 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");