Perak Hari Ini

Giat Baik Pulih Status Kewangan DigitalPerak – Hasnul

IPOH: Digital Perak Corporation Holdings (DigitalPerak) sedang melaksanakan beberapa langkah bagi membaik pulih status kewangan syarikat.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi , Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim berkata syarikat tersebut yang sebelum ini dikenali sebagai KPerak menanggung defisit hampir RM1 juta.

Katanya sebanyak RM3 juta diperuntukkan kepada syarikat yang mana ia tidak dapat menampung perbelanjaan keseluruhan bagi tahun ini.

“Perbelanjaan yang difikirkan tidak perlu, telah dihapuskan bagi tujuan pengurangan perbelanjaan overhead.

“Walaubagaimanapun, proses ini tidak melibatkan pengurangan gaji mahupun mengehadkan pemberian elaun, tuntutan lebih masa dan tuntutan perjalanan yang layak dinikmati oleh kakitangan.

“Ini membuktikan, pihak syarikat amat prihatin dengan kebajikan kakitangan walaupun kedudukan kewangan berada pada tahap yang tidak memuaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, dekat sini, pada Khamis.

Selain itu, Hasnul yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong berkata menerusi pentadbiran baharu, DigitalPerak telah mempergiatkan sesi pertemuan dengan pihak-pihak berkepentingan.

Jelasnya proses tersebut telah membantu merapatkan lagi hubungan antara kedua-dua belah pihak.

“Bermula 2019, pihak syarikat telah mentadbir sendiri sistem ‘AJIS TV’ yang akan dijenamakan kelak dengan penjimatan kos operasi lebih daripada RM1 juta setahun,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");