Berita Hari Ini

Harga RON95, Diesel Kekal, RON97 Naik Satu Sen

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 3 Mei depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON97 pula naik sebanyak satu sen iaitu daripada RM2.80 kepada RM2.81 seliter untuk tempoh sama.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik, harga runcit produk petrol RON95 bagi tempoh 27 April hingga 3 Mei depan sepatutnya naik satu sen daripada RM2.50 kepada RM2.51
seliter.

“Harga diesel bagi tempoh berkenaan pula sepatutnya naik dua sen daripada RM2.46 kepada RM2.48 seliter,” kata kenyataan itu di sini hari ini, lapor Kosmo Online.

Kenyataan itu memberitahu, bagaimanapun, harga runcit kedua-dua produk petroleum berkenaan dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter bagi tempoh tersebut.

“Ia selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, Kementerian Kewangan berkata, tanggungan subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 27 April sehingga 3 Mei adalah berjumlah RM133.62 juta.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak RM103.77 juta subsidi diperuntukkan untuk produk RON95 manakala subsidi bagi diesel adalah RM29.85 juta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");