Berita Hari Ini

Harga RON95, RON97 Dan Diesel Kekal

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08, RM2.63 dan RM2.18 seliter bermula tengah malam ini hingga 12 April 2019.

Memetik laporan Astro Awani, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata harga sebenar produk bahan api itu adalah lebih tinggi namun dikekalkan bagi menstabil harga runcitnya dan mengurangkan kos sara hidup.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 6 April 2019 sehingga 12 April 2019 sepatutnya adalah sebanyak RM2.33 seliter dan RM2.36 seliter masing-masing iaitu sama dengan harga minggu sebelumnya.

“Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");