Berita Hari Ini

Hina Agong Perbuatan Biadap

KUALA LUMPUR: Tindakan pemilik Facebook ‘Sabah – Sarawak Merdeka’ memuat naik gambar menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah penghinaan terhadap institusi Diraja dan perbuatan biadap.

Pengerusi Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN), Mejar Razali Zakaria (B) berkata, tindakan itu dilihat dengan sengaja mahu mencabar undang-undang negara ini biarpun beberapa tindakan diambil terhadap individu menghina Raja-Raja Melayu sebelum ini.

Katanya, polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu bertindak segera terhadap isu penghinaan Raja-Raja dan institusi Diraja bagi mencegah perbuatan itu yang semakin kerap dilakukan.

“Perbuatan menghina Agong ini sungguh melampau berikutan pada masa kini dapat dilihat semakin ramai individu sudah berani dan tidak menghormati institusi Diraja.

“Selaku wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kami berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya dengan pantas.

“Ia kerana institusi Diraja khususnya membabitkan Yang di-Pertuan Agong adalah ketua agama bagi masyarakat Islam di negara ini dan perlu dihormati oleh sesiapa saja,” katanya ketika membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Turut hadir membuat laporan polis adalah wakil 14 NGO seperti Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Gerak Kerja Gabungan Ayahanda Selangor (Gegas).

Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan Jualan Jimat Harapan Rakyat Malaysia (JJHR), Datuk Mohd Noor Ali Akbar berkata, penularan gambar itu adalah perbuatan yang tidak wajar dan biadap.

Katanya, sudah termaktub dalam Rukun Negara yang menyebut ‘Kesetiaan kepada Raja dan Negara’ membuktikan setiap individu perlu menunjukkan taat setia kepada Raja-raja serta Yang di-Pertuan Agong.

“Selepas sekian banyak penghinaan begini terjadi, rasanya sudah sampai masanya pihak berkuasa seperti polis dan SKMM mengambil tindakan pantas terhadap individu berkenaan.

“Malah, rasanya sudah sampai masanya hukuman sekeras-kerasnya dikenakan terhadap individu berkenaan sebagai satu pengajaran kepada orang lain agar perbuatan sedemikian tidak berulang,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan sebanyak 91 laporan polis dibuat wakil NGO serta orang perseorangan selepas tersebar satu gambar menghina Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");