Panasnya Hari Ini

Ismail Enggan Mohon Maaf Sebut Jihad Menentang PH

Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob tidak akan memohon maaf berhubung kenyataannya mengisytiharkan jihad untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Sudah tentu tidak,” kata pemimpin pembangkang itu apabila ditanya sama ada beliau akan berbuat demikian.

Walaupun istilah jihad seringkali ditafsirkan sebagai perang, Ismail memberitahu pemberita di lobi Parlimen pagi ini bahawa beliau menggunakan perkataan Arab itu dalam konteks perjuangan.

Semalam, anggota parlimen DAP Lim Lip Eng menuntut Ismail menarik balik kenyataannya dalam tempoh 24 jam.

Sekiranya gagal, anggota parlimen Kepong itu menegaskan beliau akan meminta pihak polis menyiasat pemimpin Umno itu kerana mengeluarkan “ucapan berbahaya yang berniat jahat dan menghasut.”

Dalam satu majlis pada malam Ahad lalu, Ismail menyifatkan kerjasama Umno-PAS sebagai jihad untuk menumbangkan kerajaan PH yang didakwanya sebagai “anti-Melayu” dan “anti-Islam.”

Berikutan itu, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan bertindak terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan terhadap kerajaan.

Ismail berkata jika kerajaan bertindak terhadapnya, ia menunjukkan kebebasan bersuara di bawah pentadbiran sekarang lebih buruk berbanding sebelumnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");