Berita Hari Ini

Isu Kanak-Kanak Tanpa Warganegara Perlu Ditangani Bersama

BEAUFORT – Isu kanak-kanak tanpa warganegara di Sabah yang sekian lama dihadapi perlu ditangani secara bersama oleh kerajaan negeri dan Persekutuan.

Mengulas perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan kini mempunyai platform untuk menanganinya tetapi perlu diaktifkan iaitu melalui Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah.

“Di peringkat jawatankuasa induk yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Mohd Syafie Apdal) bersama Menteri Dalam Negeri (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

“Di sinilah tempatnya kita hendak melihat, kita tidak mahu pertindihan tugas dengan menubuhkan jawatankuasa baharu bagi menyelaras masalah yang wujud,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan pusat pemindahan mangsa bencana daerah Beaufort, di sini hari ini.

Beliau berkata, masalah itu juga turut dihadapi di Semenanjung namun pada masa sama perlu menjaga hak-hak warganegara dengan baik. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");