Perak Hari Ini

Isu Kebun Haram Di Cameron Highland: Ambil Kira Langkah Untuk Kepentingan Rakyat

IPOH- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pihaknya akan mengambil kira semua langkah dan tindakan dalam menyelesaikan isu kebun haram di Cameron Highland.

Beliau mengulas tindakan kerajaan negeri Pahang yang akan merobohkan 121 hektar kebun haram di Cameron Highlands dalam operasi yang telah bermula 25 Feb lepas dimana pada fasa pertama operasi melibatkan 11 kebun dan dijangka berakhir pertengahan Mac manakala fasa kedua yang dijadualkan pada April akan melibatkan 50 kebun.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Bersama Pemulihan Cameron Highlands berkata, pihaknya juga akan melihat bagaimana cara untuk menangani masalah itu berikutan telan berlanjutan sekian lama.

“Kita mahu tolong para pekebun, tetapi kita mesti tahu juga bagaimana penerokaan yang mereka lakukan, sama ada ianya mampu menjaga alam sekitar atau akan mengundang bahaya jika berlaku tanah runtuh.

“Segala hal haruslah diambil kira terlebih dahulu demi memastikan kepentingan rakyat dapat dijaga.,” katanya.

Beliau berkata dalam satu sidang media semasa merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas, 50 Tahun Politeknik Malaysia di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini hari ini.

Dalam pada itu, semasa ucaptama beliau berkata, bidang Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional Malaysia (TVET) dilihat semakin mendapat pengiktirafan masyarakat dan dunia.

“Dengan tertubuhnya Jawatankuasa Pemerkasaan TVET, diharapkan impak positif dapat dilihat dalam menangani isu pertindihan yang merangkumi sistem pendidikan, pensijilan, kekangan dana pembangunan serta ketidaktentuan nasib graduan TVET.

“Pihak industi perlu sentiasa berkomunikasi dengan institusi TVET berkenaan keperluan tenaga kerja yang diperlukan agar tidak berlaku percanggahan ataupun “mismatch” di antara keperluan industri dan graduan yang dihasilkan,” katanya.

Tambah beliau, kolaborasi bidang ini dengan industri telah memberi manfaat kepada pelajarnya dimana mereka akan diserap untuk berkerja dalam industri demikian.

“Hal ini selaras dengan dasar dan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja profesional dalam bidang teknikal dan vokasional bagi memacu Malaysia ke arah negara maju yang inklusif dan mampan.

“Bidang TVET dapat memberikan kita harapan bahawa masa depan para pelajar akan lebih cerah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");