Perak Hari Ini

Isu Pawagam Dan HIV: Ketua Pemuda Pas Tuntut Adun Keranji Mohon Maaf

IPOH- Pemuda Pas menyifatkan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh ADUN Keranji sebagai sesuatu yang tidak baik apabila mengaitkan isu ketiadaan pawagam di Kelantan dengan jumlah pesakit HIV di negeri itu.

Ketuanya, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, sepatutnya wakil DAP itu perlu membuat kajian sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan kerana Kelantan bukanlah antara negeri tertinggi dengan jumlah pesakit HIV tetapi Selangor.

“Apa kaitan ketiadaan pawagam dengan HIV, jika itu berkait mengapa beliau juga tidak mengulas mengenai jumlah kes HIV di Selangor kerana di sana bilangan pawagam dan jumlah kes HIV juga banyak.

“Bagi saya pawagam dan HIV tiada kaitan, mungkin beliau kepanasan apabila melihat kerjasama terkini antara Pas dan Umno,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Ujarnya lagi, tindakan kerajaan Kelantan tidak membenarkan pawagam dibuka merupakan satu langkah pencegahan dan juga merupakan polisi Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz yang dipegang kuat semasa mentadbir negeri itu.

“Memang pada mulanya isu ini ditimbulkan oleh ADUN BN di Kelantan supaya mengkaji semula pembukaan pawagam di sana secara baik dan cadangan itu tidak terima kerana Kerajaan Kelantan masih berpegang dengan polisi TGNA.

“Apa kaitan ADUN Keranji dengan Kerajaan Kelantan, sedangkan ADUN di sana terima keputusan itu dengan baik,” katanya.

Pada perkembangan sama, Mohd Akmal turut menyelar kenyataan ADUN Aulong dan memohon beliau meminta maaf atas kenyataan yang boleh mengundang ketidakstabilan politik dan juga keharmonian kaum.

“Beliau telah menguris perasaan seluruh ahli Pas dan Umno serta mereka yang cintakan kedamaian apabila menyatakan kerjasama PAS dan UMNO ini merbahaya dan menjurus kepada Taliban yang berlaku di Afghanistan.

“Ini seakan tidak menyambut titah Sultan Perak yang berkata jika pemimpin berdamai, rakyat pun perlu berdamai dan jika tiada permohonan maaf mereka akan dianggap tidak menjunjung titah baginda,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");