Berita Hari Ini

Jabatan Audit Negara Nafi Kenyataan Tular Mengenai Arahan Pindah Aset

KUALA LUMPUR – Jabatan Audit Negara (JAN) menafikan penularan surat palsu di media sosial berhubung arahan kepada orang awam memindahkan aset kepada JAN bagi membuktikan mereka tidak bersalah di dalam siasatan berkaitan institusi kewangan.

Menurut Bernama, JAN dalam kenyataan hari ini berkata surat arahan bertarikh 10 dan 18 April, 2019 daripada Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia adalah palsu.

Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia mengesahkan perkara tersebut.

“Adalah dimaklumkan bahawa JAN tidak terlibat di dalam mana-mana proses pemindahan aset atau seumpamanya bagi apa-apa tujuan. Sehubungan itu, JAN menasihati orang ramai supaya berhati-hati sekiranya menerima surat (arahan memindahkan aset) itu dan membuat semakan terlebih dahulu,” katanya.

Orang ramai boleh melakukan semakan dengan menghubungi JAN di talian 03-88899034/9103/9110 atau menerusi e-mel di [email protected].

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");