Perak Hari Ini

Jenazah Ibu MB Selamat Dikebumikan

IPOH: Jenazah Datin Zaliha Nordin,  ibu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Masjid al Khairiah Kampung Kepayang, Fair Park di sini, kira-kira jam 11 pagi.

Jenazah disemadikan bersebelahan dengan pusara suaminya Allahyarham Datuk Azumu Tak.

Allahyarhamah Zaliha, 79, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya dekat Kampung Sungai Rokam pada pukul 7.25 malam semalam akibat sakit tua.

Terdahulu, jenazah Allahyarhamah Zaliha tiba di Masjid Al Khairiah, Kampung Kepayang Fair Park, di  sini, sekitar jam 10.11 pagi, yang bertolak dari Kediaman Rasmi Menteri Besar.

Selain disambut, Ahmad Faizal turut mengimamkan solat jenazah ibunya.

Suasana pilu mula menyelubungi masjid apabila Ahmad Faizal cuba menahan sebaknya ketika Imam Besar Masjid Negeri membacakan doa usai solat jenazah.

Lebih daripada 1,000 orang ramai dan ketua-ketua jabatan hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.

Antara yang hadir termasuk barisan Exco Kerajaan Negeri; Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria; Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim; Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Saarani Mohamad; serta penyanyi terkenal tanah air, Datuk Jamal Abdillah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");