Perak Hari Ini

Jepun Bantu Perkasakan Sektor Penjagaan Kesihatan Warga Emas Di Negeri Perak

TOKYO- Kerajaan Perak hari ini mengambil langkah untuk menjalinkan kerjasama rasmi dengan negara Jepun untuk memperkasakan sektor penjagaan kesihatan warga emas susulan peningkatan populasi penduduk berusia 60 di negeri itu.

Delegasi ini diketuai oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Polisi Penjagaan Kesihatan, Koji Fujimoto.

Beliau telah menyatakan hasratnya untuk menjadikan polisi penjagaan kesihatan negara Jepun yang terkenal dengan sistem pengurusan kesihatan warga emas terbaik di dunia sebagai model untuk negeri Perak.

“Saya ingin mempelawa para pelabur dari Jepun untuk meneroka peluang pelaburan dan perdagangan dalam pelbagai bidang khususnya sektor kesihatan.

Beliau juga berkata, peningkatan hayat rakyat adalah bukti Malaysia mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang baik namun perlu ada usaha khusus untuk mewujudkan penjagaan kesihatan yang komprehensif bagi golongan warga emas.

“Negeri Perak akan mengalami isu penuaan atau ‘aging population’ menjelang tahun 2020 kerana 15 peratus daripada 2.4 juta  populasi adalah berumur 60 dan ke atas.

“Jadi persediaan awal perlu dilakukan untuk memastikan warga emas di negeri Perak mendapat penjagaan kesihatan yang berkualiti seperti negara Jepun,” katanya.

Ujarnya lagi, kerajaan memberi peluang kepada pengusaha pusat jagaan warga emas di Jepun supaya melihat potensi untuk melebarkan operasi mereka kerana negeri Perak semakin popular sebagai lokasi persaraan.

“Kos sara hidup yang rendah serta persekitaran alam semulajadi yang hijau menjadikan Perak khususnya Bandaraya Ipoh berpotensi menjadi destinasi persaraan pilihan di Malaysia dan seiring dengan delegasi ini,saya ingin memastikan warga emas menjalani fasa persaraan dalam keadaan yang sihat dan kekal aktif,” katanya.

Sementara itu, Fujimoto berkata pihaknya sudah berhasrat untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia bagi mempromosikan Asia Health and Wellbeing Iniative (AHWIN) yang dicadangkan untuk dilakukan serentak dengan majlis Dialog Antarabangsa Pangkor yang dijadualkan pada September depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");