Perak Hari Ini

JKKN Perak Lancar Kalendar Aktiviti Seni Budaya 2019

IPOH- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, hari ini telah melancarkan Kalendar Aktiviti Seni Budaya.

Sehubungan itu, program JKKN Perak bagi tahun ini lebih berkonsepkan bengkel dan latihan secara percuma bagi memberi ruang serta menambah pengetahuan pencinta seni budaya terutamanya bagi warga Perak.

Pengarah JKKN Perak, Abdul Rashid Abdullah berkata, bengkel dan latihan yang disediakan ini adalah untuk memberi peluang untuk mereka mempelajari kemahiran asas serta menambah minat dalam bidang yang diminati.

“Bengkel dan latihan yang disediakan adalah seperti kelas muzik tradisional, solekan, penataan bunyi, dan penataan cahaya yang akan diadakan di Kompleks JKKN Perak,” katanya.

Selain itu juga, orang ramai juga turut diberi peluang mengikuti program “Jom Belajar” seperti anyaman ketupat, sulaman reben, pembuatan kollam, tatarias solekan klasik India serta pelbagai aktiviti yang lain.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perlancaran Kalendar Aktiviti Seni Budaya yang diadakan di Hotel Impiana, Ipoh, hari ini.

Ujarnya lagi, peluang sebegini perlu diraih bagi meningkatkan kemahiran asas serta seni yang kian dilupakan.

“Kita perlu bangga dengan keunikan negeri ini terutamanya bagi golongan muda kerana budaya dan seni ini tidak akan bertahan tanpa sokongan daripada mereka.

“Saya juga menyatakan hasratnya untuk mencungkil bakat yang ada di luar sana serta membawa budaya dan seni negeri Perak ke persada dunia,” katanya.

Tambahnya lagi, melalui pelancaran kalendar ini diharapkan maklumat program dapat disebarkan luas kepada orang ramai tanpa mengira peringkat umur dan lapisan masyarakat dengan kewujudan program yang disediakan di kompleks JKKN Perak serta menjadikannya sebagai hub tumpuan bagi peminat seni budaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");