Daripada lelongan 100 buah kenderaan sita pelbagai jenis itu, sebanyak RM2,314,200 berjaya dikutip dalam tempoh kira-kira empat jam acara yang bermula pukul 10 pagi itu.

JPJ Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, kenderaan pertama yang berjaya dibida ialah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish 1.8 (A) pada harga RM24,000.

“Kutipan tertinggi ialah melalui dua buah MPV jenis Toyota Estima 2.4 (A) yang dibida masing-masing pada harga RM52,000.

“Selain itu, kereta jenis Nissan Sentra 1.6 dan Nissan March 1.0 masing-masing berjaya dibida pada harga RM7,000 sebagai bidaan terendah,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, kenyataan tersebut berkata, tiga buah kenderaan tidak boleh didaftar turut habis dibida dengan nilai keseluruhan RM9,200 lapor Kosmo Online.