Panasnya Hari Ini

Kajian Merdeka Center Peringatan Untuk PH Supaya Tidak Tergelincir Mandat

GEORGETOWN: Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengambil positif keputusan kajian firma tinjauan pendapat awam, Merdeka Center, yang menunjukkan kemerosotan tahap sokongan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyifatkan kajian itu sebagai sesuatu yang baik untuk kerajaan PH mengenal pasti isu berbangkit yang menyumbang kepada kurangnya populariti sokongan.

Bagaimanapun, beliau berbeza pendapat daripada segi peratusan kajian itu berikutan firma terbabit sebelum ini pernah meramalkan Barisan Nasional (BN) akan terus memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), namun ramalan itu meleset.

“Kajian kali ini saya respons dari dua perkara. Dari segi isu yang menyumbang kepada menurunnya peratusan sokongan, itu saya terima dengan jujur.

“Tapi dari segi peratusan, saya sedikit berbeza pendapat kerana mengambil pengalaman agensi yang sama membuat ramalan ternyata jauh meleset.

“Tapi ia sesuatu yang baik dan positif untuk kerajaan PH kerana peringatan ini adalah perlu supaya kami tidak tergelincir daripada mandat rakyat ketika memilih kami tempoh hari untuk menjadi kerajaan yang cekap dan bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kepenggunaan Kempen Beli Barangan Malaysia peringkat negeri, di sini, malam tadi, lapor Bernama.

Beliau mengulas keputusan tinjauan pendapat oleh Merdeka Center yang dikeluarkan semalam mendapati kadar puas hati rakyat terhadap pentadbiran kerajaan PH merosot daripada 79 peratus pada 31 Mei tahun lalu kepada 39 peratus pada 11 Mac lalu.

Kaji selidik membabitkan 1,204 pengundi yang dijalankan di seluruh Malaysia di antara 5 dan 11 Mac lalu itu turut menunjukkan hanya 34 peratus responden percaya negara kini berada di landasan yang betul berbanding 55 peratus pada Ogos 2018

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");