Perak Hari Ini

Karnival Bazar Megaraya Sepanjang Bulan Ramadhan Di Perkarangan Stadium Indera Mulia

IPOH- Karnival Bazar Megaraya buat julung kalinya bakal di adakan di perkarangan tapak meletak kereta Stadium Indera Mulia sepanjang bulan Ramadhan ini.

Bazar Megaraya terbesar di di Bandaraya Ipoh ini telah dianjurkan oleh Anson Sepakat Event Management & Rose One Enterprise yang bertujuan merancakkan lagi pembangunan ekonomi di bandaraya ini.

Kata wakilnya, bazar tersebut akan menempatkan sebanyak 80 lot peniaga yang akan menjalankan perniagaan seperti menjual baju muslimah, tudung, baju melayu, kasut, karpet dan pelbagai lagi pilihan kecuali makanan.

“Penyertaan para peniaga untuk menjana ekonomi sangat dialu-alukan untuk menjadi sebahagian daripada peniaga di situ.

“Bazar ini bukan sahaja terbuka kepada peniaga beragama Islam, tetapi turut mengalu-alukan peniaga yang bukan beragama Islam untuk berniaga,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa Majlis Meraikan 45 orang anak yatim Asrama Darusslam Sungai Rapat dan Sidang Media Sempena Bazar Megaraya AidilFitri Ipoh 2019 malam tadi.

Katanya, karnival tersebut yang terletak bersebelahan dengan bazar Ramadhan pada setiap tahun akan beroperasi dari jam 10 pagi hingga jam 12 tengah malam.

“Pelbagai aktiviti akan dijalankan selain gerai jualan barangan sempena Hari Raya Aidil Fitri 2019 iaitu persembahan nyanyian seperti Adi Realband, Fadzlee Wahab, Harry Khalifah, ceramah agama dan cabutan bertuah iaitu barang kemas, barangan elektrik, proton wira dan duit raya.

“Karnival ini akan menjadi salah satu pilihan kepada para pengunjung untuk mendapatkan barangan keperluan Adil Fitri,” katanya.

Tambah beliau lagi, sepanjang bulan Ramadhan juga, aktiviti berbuka puasa serta solat tarawih turut diadakan disamping penyediaan surau kepada para pengunjung.

“Lokasi karnival yang strategik di tengah2 Bandaraya Ipoh serta berdekatan Bazar Ramadhan amat bersesuaian dan menjadi pilihan utama wargakota Ipoh,” katanya.

Permohonan gerai jualan karnival ini masih terbuka kepada para peniaga yang berminat dan boleh menghubungi Ridzuan ditalian 014-9412241.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");