Berita Hari Ini

Kebakaran Di Danok: 15 Rakyat Malaysia Cedera

SADAO, Thailand: Seramai 15 rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kebakaran sebuah hotel di Danok di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi (7 pagi waktu Thailand) itu, kesemua rakyat Malaysia berkenaan dikatakan sedang tidur sebelum api mula merebak di tingkat bawah hotel.

Pihak pengurusan hotel dikatakan sempat mengarahkan semua pelanggan hotel keluar dari bangunan, namun terdapat beberapa penghuni terperangkap pada tingkat atas.

Berikutan itu, beberapa penghuni dilaporkan terpaksa terjun dari tingkat atas hotel menyebabkan mereka mengalami kecederaan.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkla, Mohd Afandi Abu Bakar, berkata seramai 15 rakyat Malaysia terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Daripada jumlah itu, lapan sudah dibenarkan keluar, sementara tujuh lagi masih menerima rawatan.

“Tiada kemalangan jiwa membabitkan rakyat Malaysia dilaporkan susulan insiden kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, rakyat Malaysia yang masih dirawat mengalami sesak nafas dan cedera ketika terjun dari bangunan memetik laporan BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");