Berita Hari Ini

Kemelut Politik Selesai: Mazlan Bujang Pengerusi Bersatu Johor Baharu

Kemelut politik di Johor akhirnya tamat dengan perlantikan Mazlan Bujang sebagai Pengerusi Bersatu Johor.

Pelbagai khabar angin hinggap dek kerana kemelut di Johor, bermula daripada pengunduran Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor sehinggalah isu kononnya wujud ‘kem-kem’ tertentu dalam parti itu.

Bijaknya Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad dalam menyelesaikan isu ini tanpa sedikitpun mengguris hati MB Johor yang baharu, ataupun pihak-pihak yang terlibat dalam konflik berkenaan.

Mazlan Bujang yang sebelum ini merupakan salah seorang exco kerajaan Johor digugurkan nama setelah Osman Sapian bertindak mengundurkan diri dalam tampuk kepimpinan negeri.

Walaupun wujud isu kononnya kemelut itu berlaku dek kerana wujudnya ‘Kem Muhyiddin’ namun semua itu hanya khabar angin semata-mata.

Legendnya Tun Mahathir Mohamad, sebarang masalah diatasi dengan situasi ‘win-win’. Sekarang tiba masanya untuk PPBM Johor memperkukuhkan parti dan terus menyokong kepimpinan baru negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");