Abdul Latif, 69, dan anaknya, Ahmad Fauzan Hatim serta perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd. Raub, 46, tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen di sini kira-kira pukul 8 pagi hari ini.

Ketiga-tiga mereka berdepan tuduhan mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Pada 19 April 2017, Abd. Latif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, bersama seorang perunding hartanah mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan berasingan membabitkan nilai suapan RM30.3 juta di Mahkamah Sesyen di sini.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka tidak mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut.

Kosmo! Online pada  27 Februari 2017 melaporan SPRM menahan enam individu termasuk Ahmad Fauzan yang disahkan anak kepada Exco terbabit bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

Selain Ahmad Fauzan, 25, yang ditahan mereka ialah pegawai khas kepada Exco terbabit, seorang peguam dan orang awam termasuk dua pemaju hartanah.

Dalam operasi itu, SPRM turut merampas 21 kenderaan mewah termasuk Porsche Cayan, Bentley, lima buah motosikal berkuasa tinggi, wang tunai RM500,000 serta membekukan 45 akaun bank bernilai RM15.5 juta bagi membantu siatan kes berkenaan lapor Kosmo Online.