Perak Hari Ini

Kerajaan Komited Bantu Golongan Sasar

IPOH- Kerajaan Negeri komited untuk memperkenalkan inisiatif baru bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, antara usaha yang dilakukan adalah dengan pengenalan Skim Ladang Harapan serta Bantuan Rebat Bil Elektrik dan Air Percuma.

“Melalui Skim Ladang Harapan, Perbadanan Pembangunan Pertanian Perak (PPPNP) akan memperkenalkan satu konsep yang baru dimana skim ini tidak akan dianggotai oleh individu, namun keahliannya adalah terdiri daripada Koperasi atau Persatuan yang berdaftar di Perak, oleh itu lebih ramai pihak akan merima manfaatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan bertulis ADUN Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Ujarnya lagi, bagi Bantuan Rebat Bil Elektrik, Program Rebat Bil Elektrik RM40 telah diperkenalkan oleh kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga RM40 kepada keluarga miskin tegar dan miskin berdaftar yang disahkan melalui program eKasih.

“Pengguna akan menerima rebat bil elektrik yang lebih tinggi iaitu dengan RM40 jika dibandingkan dengan program sebelum ini, mereka hanya menerima rebat RM20,” katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri melalui Lembaga Air Perak telah meluluskan pemberian Air Percuma 25 meter padu dengan anggaran penerima manfaat seramai 50,700 orang bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat yang bekeperluan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");