Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Bersama MBI Rancang Perkukuh Hubungan Ipoh- Fukuoka

IPOH- Kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merancang untuk memperkukuhkan lagi hubungan baik yang terjalin antara Ipoh- Fukuoka sejak 30 tahun yang lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmah Faizal Azumu berkata kerajaan negeri Perak mahu hubungan ini diperluaskan kepada kerjasama ekonomi yang lebih menyeluruh.

“Kami menjemput para pelabur dari Fukuoka dan seluruh Jepun untuk meneroka peluang pelaburan dan perdagangan di Perak kerana negeri Perak memiliki jaringan perhubungan infrastruktur yang baik, malahan mempunyai pemimpin serta kerajaan yang amat mesra kepada pelabur.

“Saya menyeru supaya hubungan baik Ipoh-Fukuoka ini menjadi wadah untuk membina kemakmuran ekonomi kedua-dua bandaraya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu ucaptama semasa menyambut Ulangtahun Ke-30 Bandaraya Berkembar Ipoh-Fukuoka di Bandaraya Fukuoka hari ini.

Majlis turut disempurnakan dengan majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) program pertukaran pelajar di peringkat pusat pengajian tinggi serta pertukaran pegawai yang disempurnakan oleh Mayor Takashima bagi pihak Bandaraya Fukuoka manakala MBI telah diwakili oleh Pengarah Kanan Pentadbiran dan Kewangan, Hajah Saidatul Akma Jamaluddin.

Selain itu katanya, kerajaan negeri juga sangat berminat mempelajari pendekatan Bandar Fukuoka dengan meletakkan sasaran untuk menarik lebih banyak pelaburan bagi menarik semula rakyat Perak yang terpaksa berhijrah sebelum ini kerana kurang peluang pekerjaan.

Tambah Ahmad Faizal lagi, beliau mengidamkan Ipoh dan seluruh negeri Perak untuk mencapai tahap kebersihan terbaik dengan mengadaptasi Fukuoka Method dalam menguruskan sisa pepejal , malahan berhasrat untuk menerapkan budaya kebersihan dan nilai-nilai moral yang baik daripada rakyat Fukuoka dalam sistem pendidikan di negeri Perak.

Dalam pada itu memetik ulasan di di Facebooknya, beliau berkata Mayor Takashima ada mengumumkan persetujuan pihak Bandaraya Fukuoka untuk memberi bantuan teknikal kepada usaha memberi nafas baharu kepada Taman Jepun yang terletak di Taman D.R, Ipoh.

Berikut merupakan salah satu hasrat bagi menyatakan komitmen Bandaraya Fukuoka kepada usaha membawa hubungan baik Ipoh dan Fukuoka ke tahap yang lebih tinggi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");