Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Fokus Pembukaan Semula LRA Ayer Ganda

IPOH-Kerajaan negeri masih menunggu arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan pembukaan semula loji rawatan air (LRA) Ayer Ganda bagi mengatasi masalah yang dihadapi kira-kira 1,500 penduduk.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata Suruhanjaya Perkhimatan Air Negara (SPAN) hanya akan membenarkan Loji Rawatan Air Sungai Ganda dibuka semula jika Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak ada halangan.

“Semalam saya baru mendapat maklumat bahawa Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye mengatakan air di LRA Ayer Ganda boleh digunakan untuk kegunaan lain selain daripada meminum dan memasaknya,” katanya.

Ujarnya lagi, berdasarkan kenyataan tersebut, saya fikir pihak SPAN dengan kerjasama KKM mungkin akan mengeluarkan arahan seterusnya kepada Lembaga Air Perak (LAP) supaya membuka semula loji rawatan air tersebut tidak lama lagi.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini

Sementara itu, Ahmad Faizal berkata, pihaknya kini masih meneruskan langkah menyediakan tangki bekalan air sementara bagi menyediakan air bersih kepada semua penduduk sekitar kawasan terbabit buat sementara waktu sehingga saluran sambungan paip ke kawasan itu siap sepenuh sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

Terdahulu, pada 9 April lalu, LAP telah memberhentikan operasi LRA Ayer Ganda serta merta selepas diarahkan oleh SPAN susulan penemuan sisa arsenik, sejenis logam berat dalam sampel air Sungai Rui.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");