Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Rancang Sediakan Buku Panduan Keselamatan Buat Pelajar Sekolah

IPOH- Kerajaan negeri telah merancang bagi menyediakan buku panduan keselamatan kanak-kanak khususnya kepada pelajar di sekolah menengah, sekolah rendah dan sekolah agama.

Menurut statistik dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sejak 2015 hingga 2018, sebanyak 1,095 kes penderaan kanak-kanak telah dilaporkan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Wong May Ing berkata, buku tersebut bakal dilancarkan dan diedarkan kepada 1,100 buah sekolah pada awal Mei ini.

“Antara kandungan buku tersebut meliputi pelan keselamatan kanak-kanak disamping adanya penyediaan kolum komik mengenai langkah pencegahan awal keselamatan.

“Buku tersebut meliputi empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris tetapi bagi Bahasa Inggeris hanya versi atas talian sahaja yang disediakan,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

Selain itu katanya, sebanyak 540,000 buah buku akan siap dicetak dan akan diedarkan kepada 373,000 pelajar di negeri ini.

“Baki bagi buku tersebut akan diedarkan kepada semua pusat khidmat Dun, JKM, agensi kerajaan serta agensi bukan kerajaan (NGO),”katanya.

Katanya lagi, melalui JKM pula, mereka akan memulakan kempen kesedaran di seluruh dareah yang melibatkan guru kaunseling serta guru-guru yang berminat yang mana pengisiannya bukan sahaja mengenai kandungan buku malahan termasuk cara penjagaan diri pada peringkat awal.

“Antara program yang dijalankan adalah program Train the Trainer bersama NGO dimana mereka bersama guru-guru akan dapat memahami mengenai hal berkenaan keselamatan diri,” katanya.

Tambah beliau, penderaan yang dimaksudkan terdiri daripada pelbagai jenis penderaan iaitu dari segi penderaan fizikal, mental dan seksual dimana kes penderaan yang terdapat di seluruh Malaysia meliputi fizikal, seksual, emosi, pengabaian atau dibuang oleh ibu bapa telah mencatatkan jumlah sebanyk 4,538 kes bagi tahun lalu.

“Bagi penderaan fizikal pula, sebanyak 1,250 kes pula telah dicatatkan pada tahun ini,” katanya.

Katanya lagi, bagi pusat penjagaan kanak-kanak pula, kerajaan negeri juga menggesa agar pengusaha yang tidak berdaftar agar mendaftarkan diri segara dengan JKM supaya kerajaan negeri dapat memberi bantuan dari segala aspek dari segi keselamatan kanak-kanak dimana punca berlaku masalah dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan oleh pengabaian ibubapa, pergaduhan ibubapa serta masalah kewangan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");