Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Sambut Baik Penubuhan Sakretariat NGO Perak

IPOH- Kerajaan negeri Perak menyambut baik hasrat perwakilan NGO untuk menubuhkan Sakretariat NGO Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau percaya bahawa kerajaan serta NGO memiliki matlamat yang sama iaitu membawa kemajuan kepada masyarakat terutamanya dari aspek kemajuan ekonomi, pembelaan kebajikan serta sama-sama mahu melihat kemajuan negeri dan negara tercinta ini.

“Sekretariat yang ditubuhkan tersebut dikatakan bakal menjadi medan penyatu kepada NGO-NGO yang ada di negeri ini.

“Kerajaan negeri juga yakin bahawa setiap NGO yang berada di negeri Perak memiliki kepakaran masing-masing yang sekiranya disatukan, mampu membawa manfaat yang besar kepada semua,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu ucaptaman semasa Majlis Jalinan Mesra NGO-NGO Perak dan Pelaksanaan Sekretariat NGO Perak di Kuala Kangsar sebentar tadi.

Katanya, sekiranya gabungan NGO ini dapat duduk bersama-sama dan berbincang untuk mencari kaedah terbaik bagi membantu kerajaan negeri menyampaikan khidmat kepada rakyat, kerajaan negeri sama sekali tidak mempunyai halangan dan sentiasa bersedia memberi sokongan demi kebaikan semua.

“Sekretariat NGO yang akan ditubuhkan nanti mungkin boleh memainkan peranan sedemikian.

“Selain membantu memberi khidmat kepada rakyat, sekretariat ini juga boleh memainkan peranan untuk melakukan kerja-kerja semak dan imbang kepada setiap keputusan diambil kerajaan selain memberi penerangan terhadap rakyat mengenai dasar-dasar kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu katanya lagi, kerajaan yang dibentuk pada hari ini merupakan hasil daripada perjuangan rakyat bawahan yang mempunyai iltizam tinggi untuk melihat berlakunya perubahan terhadap hala tuju negara dalam pelbagai aspek.

“Kedudukan kerajaan kini sememangnya hasil usaha daripada rakyat.

“Saya yang juga berasal dari bawah akan sentiasa menjunjung perjuangan untuk membawa negara ini ke arah lebih baik dengan memberi keadilan sosial kepada semua tanpa mengenepikan mana-mana golongan.

”Semoga kita dapat bersama-sama berdoa supaya usaha ini dipermudahkan dan Allah memberkati perjuangan kita bersama dalam memberikan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");