Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Sedia Bantu Perbukaan Loji Rawatan Air Di Kampung Ayer Ganda

IPOH- Kerajaan negeri Perak bersetuju dengan cadangan untuk membuka satu loji rawatan air di Kampung Ayer Ganda berikutan masalah 1,500 penduduk yang berisiko keracunan arsenik akibat daripada keracunan sungai di sana.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau bersetuju dengan pandangan tersebut dan telah membuat perbincangan bersama Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar.

“Perkara ini sedang dipertimbangkan diperingkat Suruhanjaya Perkhimatan Air Negara (SPAN) dan kementerian.

“Tetapi bagi kerajaan negeri, apabila ada arahan yang diberikan oleh pihak SPAN, kerajaan negari terpaksa akur dengan arahan tersebut terlebih dahulu,” katanya.

Katanya, kerajaan juga akan sedaya upaya untuk menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk Kampung Ayer Ganda.

“Pasa masa yang sama kerajaan negeri berpendapat bahawa air yang terdapat di kampung tersebut masih dapat digunakan untuk keperluan lain seperti membasuh dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan pembukaan Kejohanan Payung Terjun Antarabangsa Perak 2019 oleh Pasukan Komandor VAT69 bersempena sambutan Jubli Emas Pasukan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pengkalan Latihan Gerakan Udara Polis Ipoh di sini, petang tadi.

Selain itu katanya, buat julung-julung kalinya rakyat di negara ini terutamanya yang tinggal di sekitar Ipoh berpeluang menyaksikan aksi payung terjun bertaraf dunia menerusi Kejohanan Payung Terjun Antarabangsa Perak 2019 yang akan berlangsung pada 22 Oktober hingga 2 November akan datang.

Tambah beliau, kejohanan tersebut mampu menarik minat lebih banyak pasukan daripada luar negara.

Dalam pada itu, Komander 69 Komando, Senior Asisten Komisioner (SAC) Abdul Razak Mohd Yusoff berkata bersempena dengan sambutan yang ke-50 tersebut, pihaknya akan mengendalikan pertandingan peringatkan antarabangsa yang mana bakal melibatkan kurang daripada 12 negara.

“Dianggarkan seramai 300 skydivers yang akan mengambil bahagian dan mempamerkan aksi dan kemahiran masing-masing.

“Sebanyak 6 pasukan dalam negera yang mengambil bahagian dimana terdiri daripada pasukan khas dan pasukan elit PDRM,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");