Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Sokong Usaha Wajib Suntik Vaksin

IPOH- Kerajaan negeri Perak menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mewajibkan suntikan vaksin imunisasi keatas kanak-kanak yang bakal memasuki sesi persekolahan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia, A. Sivanesan berkata, pengwajiban tersebut mampu mencegah penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) yang boleh berjangkit terutamanya kepada murid sekolah

“Segelintir kecil murid yang yang tidak mengambil vaksin mempunyai antibodi yang rendah berbanding murid yang di vaksin.

“KKM juga akan mengambil langkah drastik bagi mengkaji semula kemungkinan mewajibkan pengambilan vaksin kepada murid sekolah yang mana akan dibentang pada 8 Mei ini bagi mendapat kelulusan, sebelum penelitian lanjut oleh Kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa Majlis Pengiktirafan “Malaysia Book of Record” Murid Teramai Membersihkan Tangan Secara Serentak Dengan Hand Senitizer di Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya di sini hari ini.

Acara tersebut merupakan kesinambungan daripada acara yang dilancarkan pada tahun lalu iaitu Kempen Pencegahan HFMD yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa serta guru-guru mengenai bahaya penyakit berkenaan.

Kempen tersebut merupakan program yang diadakan di seluruh negara yang melibatkan 33,588 murid dan 852 buah sekolah pada hari ini.

“Apabila gejala HFMD sudah merebak, maka ibubapa perlu membawa anak ke klinik atau hospital dan penyesalan selepas itu hanyalah sia-sia.

“Bermula dari 1 Januari sehingga 20 April tahun ini, seramai 156 orang murid telah dijangkit penyakit HFMD di negeri ini, namun tiada sebarang sekolah yang diarahkan untuk ditutup,” katanya.

Katanya lagi, haiwan juga mengambil vaksin bagi mengelakkan sebarang penyakit, malahan usaha tersebut adalah untuk mengelakkan sebarang penyakit berlaku dalam kalangan murid sekolah.

Tambah beliau, pihak kerajaan juga telah membuat saranan keras kepada premis luar untuk meningkatkan tahap kebersihan di dalam dan luar premis tempat kanak-kanak berkumpul temasuk sekolah.

“Kerajaan negeri juga tidak akan berkompromi mengenai isu kebersihan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");