Perak Hari Ini

Kerajaan Perak Akan Pertahankan Kawasan Habitat Penyu Segari – MB

IPOH: Kerajaan Perak akan tetap mempertahankan alam sekitar khususnya kawasan habitat dan pendaratan penyu di Segari, dekat Manjung.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata demikian sebagai memberi respons kepada satu kenyataan yang mendakwa kemungkinan sebuah projek pembinaan pelantar kapal dan kilang gas asli di Tanjung Hantu, Teluk Senangin akan diteruskan.

Kenyataan itu turut menyebut ia akan memberi kesan buruk kerana berdekatan dengan kawasan pendaratan penyu.

Ahmad Faizal berkata projek tersebut masih lagi di peringkat cadangan dan kerajaan negeri masih belum membuat sebarang keputusan terhadap perkara itu.

“Setakat hari ini, kerajaan belum ada membuat sebatang keputusan tentang apa-apa cadangan pembangunan di Segari.

“Setakat ini kita akan terus memelihara kawasan di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas Program STEM Waves@Perak 2019 di MAPS, Meru Raya, dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya walaupun ada beberapa cadangan yang dikemukakan pihak swasta terhadap kawasan berkenaan namun, kerajaan negeri akan tetap merujuk kepada agensi kerajaan bagi mendapat ulasan.

Jelasnya kepentingan rakyat serta alam sekitar merupakan aspek yang penting dan harus diambil kira semua pihak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");