Perak Hari Ini

Kerajaan Perak Pastikan Hak Orang Asli Tidak Terjejas

IPOH: Dalam usaha menguruskan hutan di Perak, kerajaan negeri sentiasa memastikan hak dan kepentingan masyarakat Orang Asli tidak terjejas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan telah mengambil beberapa inisiatif yang menjurus kepada kebajikan masyarakat Orang Asli.

Jelas beliau antaranya ialah dengan melancarkan Perhutanan Sosial yang mana program tersebut membenarkan masyarakat Orang Asli dapat menjalankan aktiviti di Hutan Simpanan Kekal seperti melalui aktiviti-aktiviti eko-pelancongan.

Selain itu, kerajaan negeri juga sentiasa memperkasakan peluang penjanaan masyarakat tersebut.

“Antara inisiatif termasuk melatih masyarakat Orang Asli yang berminat sebagai ‘mountain guide’ atau malim gunung.

“Kerajaan negeri juga, membantu masyarakat Orang Asli dalam menubuhkan nurseri pokok hutan dan seterusnya mewujudkan peluang ekonomi melalui ‘buy back initiative’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Chaw Kam Foon (PH- Menglembu) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini, hari ini.

Menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Zolkafly Harun (BN-Lintang), Ahmad Faizal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkata dalam isu pewartaan tanah kepada Orang Asli ianya harus dibuat dengan berhati-hati.

“Kerajaan Negeri bersama-sama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sentiasa mengambil langkah proaktif untuk mewartakan kawasan-kawasan untuk mereka, sekiranya ada keperluan.

“Namun proses ini harus kita mengambil kira dengan berhati-hati dan setiap pewartaan itu harus kita memastikan segala perkara telah diambil kira dan ia termasuk dengan wasiat Raja-raja Melayu dan sebagainya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");