Perak Hari Ini

Kerajaan Perak Tawar Wisma Wan Mohamed Untuk Universiti Tsukuba Buka Cawangan

TAPAH: Kerajaan Perak telah menawarkan Wisma Wan Mohamed di Ipoh kepada Universiti Tsukuba, Jepun untuk membuka sebuah kampus cawangan pertama mereka di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata hasil perbincangan beliau dengan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), agensi tersebut tidak akan menggunakan bangunan itu selain akan menyerahkan beberapa tingkat wisma itu kepada Yayasan Perak.

Katanya adalah satu kerugian sekiranya Wisma Wan Mohamed yang telah diubah suai yang menelan belanja lebih daripada RM20 juta itu tidak digunakan.

“Saya fikir lebih baik baiklah kita sewakan kepada pihak Universiti Tsukuba dan tempat itu boleh kita gunakan untuk anak-anak kita, dan saya fikir ia merupakan suatu perancangan jangka masa yang panjang baik untuk negeri kita

“Pihak delegasi mereka telah datang melawat di beberapa lokasi di seluruh negara termasuk di Johor, kedah dan beberapa tempat lain di negara ini,” katanya.

Tambah beliau hasil lawatan delegasi Universiti Tsukuba ke Ipoh minggu lalu, kerajaan negeri telah mendapat respons yang positif.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Penyerahan Kad Perak Prihatin di Dewan Merdeka Tapah, di sini, hari ini.

Terdahulu, ketika berucap pada Majlis Karnival Pendidikan 2019 di Sekolah Menengah Sains Tapah dekat sini, Menteri Besar berkata ia merupakan sebagai lawatan balas kepada Perak atas lawatan kerja delegasi kerajaan negeri ke Jepun pada bulan lalu.

“Kita yakin, Universiti Tsukuba yang telah melahirkan tiga pemenang Hadiah Nobel, akan membawa impak besar kepada usaha melahirkan modal insan dalam bidang Sains, Teknologi dan Matematik (STEM) serta aliran Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk negara ini,” katanya.

Ujarnya lagi, kerajaan negeri sedang berusaha untuk memperkasakan lagi bidang pendidikan di Perak.

Jelasnya dengan langkah tersebut, ia dilihat mampu mencorakkan perubahan dan kemajuan pembangunan sumber manusia yang selaras dengan hasrat negara.

Selain itu katanya, kerajaan negeri juga komited untuk mempromosikan lagi bidang STEM dan TVET dalam kalangan anak-anak.

“Untuk mencapai status negara maju, kita perlu memastikan lebih 60 peratus daripada tenaga kerja adalah dalam bidang STEM dan TVET.

“Maka adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menggalakkan minat anak-anak kita dalam bidang-bidang ini,” katanya.

Tambahnya lagi, dalam usaha untuk mengelakkan pendidikan menjadi sesuatu yang terasing, semua pihak harus turut sama dalam memperkasakan pendidikan di negeri ini.

Jelasnya, mendidik bukanlah hanya usaha yang terletak pada bahu guru semata-mata sebaliknya masyarakat turut sama bertanggungjawab dalam usaha untuk membangunkan masa depan negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");