Berita Hari Ini

Kerajaan Tampung RM2.2 Bilion Setahun Kos Rawatan Hemodialisis

SEREMBAN – Kerajaan menampung kos rawatan hemodialisis berjumlah RM2.2 bilion setahun bagi 50,000 pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan di hospital kerajaan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata kerajaan menanggung kos sebanyak RM44,000 setahun untuk seorang pesakit yang perlu menjalani rawatan hemodialisis sebanyak tiga kali seminggu.

“Oleh itu, penyakit buah pinggang dapat dicegah sekiranya masyarakat mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat serta melakukan saringan kesihatan pengesanan awal penyakit,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi dialog bersama Menteri Kesihatan sempena Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, di Taman Kelab Tuanku, Mambau, dekat sini, malam tadi, lapor Bernama.

Dr Dzulkefly berkata Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) untuk golongan pendapatan bulanan 40 peratus terendah (B40) berumur 50 tahun ke atas bagi menangani masalah penyakit tidak berjangkit (NCD) yang tinggi dalam golongan berkenaan.

Beliau berkata skim tersebut menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan, bantuan perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan.

Justeru, beliau berharap masyarakat dapat memanfaatkan sepenuhnya skim PeKaB40 ini dalam usaha mencegah penyakit di peringkat awal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");