Berita Hari Ini

Ketepikan Perselisihan – Sultan Johor

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan supaya sebarang perselisihan atau salah faham membabitkan hubungan antara Johor dan Kerajaan Pusat perlu diketepikan.

Menerusi entri terbaru di laman Facebook Sultan Ibrahim, baginda turut menyarankan supaya mengetepikan sebarang perbezaan yang timbul.

“Atas sebab itu juga, sekiranya ada sebarang perselisihan atau salah faham, terutamanya yang membabitkan hubungan antara Negeri Johor dan Kerajaan Pusat, saya sarankan kita ketepikan sebarang perbezaan.

“Sebaliknya, eloklah berjumpa dan saling berbincang dengan matang demi kebaikan semua, khususnya rakyat.

“Bersama-samalah kita doakan kesejahteraan dan kemajuan negeri Johor,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah Johor baharu sahaja menyempurnakan pelantikan Menteri Besar dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) lapor Bharian.

“Saya harap selepas ini tumpuan akan diberikan kepada ikhtiar membangun dan memajukan Johor.

“Justeru, kepemimpinan baharu harus bersatu hati dan melipat gandakan usaha supaya kebajikan serta kepentingan rakyat Johor ditambah baik dan sentiasa terbela.

“Pada masa yang sama, saya harap semua pihak dapat memberi kerjasama penuh supaya pentadbiran dan pengurusan negeri Johor berjalan lancar,” titah baginda.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");