Perak Hari Ini

Khabar Angin Tidak Jejaskan Perjalanan Kerajaan Negeri – MB Perak

IPOH- Perjalanan Kerajaan Negeri Perak masih berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah walaupun wujud khabar angin yang mengkritik kepimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ini berikutan wujudnya satu rakaman audio yang telah tular di sosial media mengenai perbincangan seorang EXCO kerajaan negeri dengan wakil pembangkang yang dikatakan telah menghina Menteri Besar Perak.

Diminta memberi komen berkenaan isu tersebut, Ahmad Faizal berkata hingga hari ini beliau masih belum mendengar rakaman “suara misteri” yang dikatakan tidak percaya pada kepimpinannya.

“Macam-macam boleh berlaku, mungkin rakaman itu benar atau sebaliknya dan perkara sebegini tidak menganggu fokus saya dalam mentadbir negeri.

“Dalam mesyuarat EXCO pun tiada masalah yang berlaku dan semuanya berjalan dengan lancar, akan tetapi jika ada berlaku apa apa dibelakang saya, saya tidak tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Ujarnya lagi, beliau masih berperanan dengan baik sebagai Menteri Besar Perak walaupun banyak spekulasi yang mahu menjatuhkannya dan beliau juga menegaskan bahawa fokus utamanya adalah untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat bukannya melayan isu-isu yang mahu menjatuhkannya.

Pada perkembangan sama, Ahmad Faizal juga turut meluahkan rasa gembira kerana Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak Ke-14 yang sedang berlangsung berjalan dengan baiknya tanpa sebarang masalah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");