Sukan Hari Ini

Klopp Tak kisah, Janji Menang

LIVERPOOL: Jurgen Klopp mengakui dia tidak kisah sama ada kemenangan dramatik Liverpool 2-1 berdepan Tottenham adalah “kotor” dalam usaha pasukannya kembali ke persada Liga Perdana.

Skuad kendalian Klopp mendahului menerusi jaringan pembukaan Roberto Firmino pada babak pertama namun Lucas Moura menyamakan kedudukan selepas rehat.

Tottenham mendominasi namun mensia-siakan beberapa peluang sebelum Liverpool mencuri mata pada tambahan masa.

Tandukan Mohamed Salah ditepis penjaga gol Tottenham, Hugo Lloris sebelum terkena Toby Alderweireld untuk gol sendiri.

“Pada babak pertama kami ada peluang hebat dan menjaringkan gol yang menarik. Pada babak kedua kami nampak berat dan tidak boleh bermain,” kata Klopp, lapor BH Online.

“Tottenham berubah sedikit. Kami tidak menyesuaikan diri. Saya tidak gembira kami melepaskan gol, tetapi selepas gol Spurs, kami kembali bermain dengan baik.

“Kami boleh bermain lebih baik pada babak pertama kerana ada banyak peluang baik. Pada babak kedua tidak banyak peluang tetapi kami menjaringkan gol – 2-1, hebat!

“Saya melihat tandukan itu. Saya tidak tahu bagaimana ia masuk.

“Ia hanya sesuatu yang positif. Saya pernah katakan ada 500 cara menang bola sepak dan hari ini agak kotor. Siapa kisah?”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");