Kebakaran pada pukul 2.08 pagi itu mengakibatkan empat buah rumah musnah sepenuhnya manakala empat lagi terjejas pada bahagian dapur.

Bagaimanapun, kebakaran tersebut tidak melibatkan kemalangan jiwa atau sebarang kecederaan kerana semasa kejadian semua 16 penghuninya sempat menyelamatkan diri.

Seramai 41 pegawai dan anggota bomba terlibat dari tiga balai bomba iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, BBP Tebrau dan BBP Skudai.

Jabatan bomba dan Penyelamat Johor dalam satu kenyataan pagi ini memberitahu, lapan buah jentera dan dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Terdapat agensi bantuan yang hadir melibatkan pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad.

“Operasi tamat pada pukul 4.47 pagi. Kesemua mangsa yang terlibat akan ditempatkan di Balai Raya Usaha Jaya, Skudai Kiri,” katanya.

Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan lapor Kosmo Online.