Perak Hari Ini

LTdL 2019: 16 Kawasan Akan Terlibat Di Perak

IPOH: Sebanyak 16 kawasan di Perak yang akan dilalui para peserta Le Tour de Langkawi 2019 (LTdL 2019) pada 10 April ini.

LTdL 2019 dalam satu kenyataan mengumumkan antara kawasan yang akan terlibat di negeri in ialah Jalan Behrang ke Slim River, Trolak ke Sungkai, Bidor ke Jalan Tapah, serta Temoh ke Jeram.

Kesemua 22 pasukan berbasikal daripada 20 negara kemudiannya akan meneruskan perjalanan ke Gopeng/ Simpang Pulai, Ipoh ke Tasek/ Chemor, Pekan Sungai Siput ke Kuala Kangsar, Padang Rengas ke Changkat Jering dan berakhir di Simpang dekat Taiping.

Tempoh penutupan jalan di kesemua kawasan terlibat akan bermula pada jam 6.30 pagi sehingga 7.40 malam.

“Orang ramai serta peminat sukan berbasikal yang bercadang untuk menyaksikan aksi perlumbaan LTdL 2019 atau menyertai aktiviti sampingan adalah dinasihatkan untuk membuat perancangan awal dan menggunakan laluan alternatif pengangkutan awam.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan Polis Trafik dan tanda-tanda lalu lintas untuk keselamatan serta aliran lalu lintas yang lancar,” katanya.

Perak menjadi tuan rumah peringkat kelima, selepas Selangor dan Pahang dalam acara perlumbaan berbasikal antarabangsa edisi ke-25 itu.

LTdL 2019 dijadualkan bermula di Kuala Lumpur dan berakhir di Pulau Langkawi, membabitkan jarak keseluruhan 1,226.1 kilometer.

Laluan di Perak (Tanjung Malim- Taiping) merupakan antara laluan yang terpanjang selepas Senawang-Melaka (200.6km) iaitu membabitkan 200.1km.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");