Sukan Hari Ini

LTdL 2019: Angus Lyons Tak Kan Lepas Gelaran Raja Bukit

Pemakai Jersey Merah untuk empat peringkat siri jelajah berbasikal antarabangsa LTdL 2019, Angus Lyons tidak akan memberi laluan mudah buat pelumba lain merampas gelaran Raja Bukit.

Beliau yang tidak meletakkan harapan tinggi untuk mempertahankan gelaran Raja Bukit bagi laluan keempat, Shah Alam ke Genting Highland itu dilihat kembali bersemangat setelah pasti jersey merah masih miliknya.

“Laluan Genting Highland merupakan cabaran paling sukar dan saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk mempertahankan jersey Merah.

“Namun, usaha keras masih diteruskan dan akhirnya ia masih lagi milik saya,” katanya ketika ditemui selepas tamat peringkat keempat LTdL 2019 hari ini.

Menurut beliau, pada mulanya beliau hampir putus asa berikutan keadaan ketinggian bukit yang sangat mencabar.

Namun katanya, perlumbaan tetap diteruskan dan bersyukur nasib masih menyebelahi beliau.

“Untuk cabaran selepas ini, sudah tentu saya tidak akan memberi laluan mudah buat pelumba,” katanya lagi.

Esok, cabaran LTdL 2019 diteruskan untuk peringkat kelima dengan laluan bermula dari Tanjung Malim dan berakhir di Taiping.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");