Sukan Hari Ini

LTdl 2019: Jersey Kuning Kekal Milik Benjamin Dyball

Cabaran peringkat kelima yang merupakan laluan yang dinanti-nantikan para pelumba akhirnya tamat selepas pelumba dari Sapura Cycling, Benjamin Dyball sekali lagi mengekalkan diri sebagai juara keseluruhan.

Benjamin sekaligus mengekalkan jersi warna kuning yang dimenanginya sebelum ini, pada peringkat kelima LTdl 2019 harini.

Peringkat kelima LTdl 2019 yang memulakan laluan dari Tanjung Malim ke Taiping yang merupakan antara laluan terpanjang buat pelumba bersaing iaitu dengan 200.1km.

Sementara itu, Angus Lyons dari pasukan Oliver Read Food Cycling (Oli) masih lagi mempertahankan gelaran Raja Bukit dan memakai jersey Merah untuk peringkat kelima ini.

Begitu juga dengan gelaran Raja Pecut, Travis Mccabe dari pasukan Floyd Pro Cycling berjaya mempertahankan jersi warna hijau yang diperolehinya pada peringkat sebelumnya.

Bagi jersi putih,iaitu pelumba terbaik asia sekali lagi tidak menyaksikan perubahan apabila pelumba dari Vito Astana Motor (VAM) berjaya mengekalkannya.

Esok, cabaran LTdl 2019 akan diteruskan lagi untuk peringkat keenam dengan laluan bermula dari Bagan dan berakhir di Alor Star.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");