Sukan Hari Ini

LTdL 2019 Kembali Di Langkawi

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menganggap penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 kali ini bakal memberi cabaran yang berbeza dan pengalaman yang unik kepada pelumba.

Menurut beliau, selepas beberapa tahun siri jelajah berkenaan di menggunakan Langkawi sebagai laluan namun kali ini dua peringkat yang dipertandingkan bakal berlangsung di destinasi pelancongan berkenaan.

“Sejak ia mula diperkenalkan, misi LTdL adalah untuk memperkenalkan Malaysia dan Langkawi di seluruh dunia.

“Kita mahu mempromosikan sukan dan sekaligus destinasi pelancongan di Malaysia,” katanya ketika berucap di Majlis Memperkenalkan Pasukan di KLCC, hari ini.

Tun Mahathir menambah, peringkat pertama akan dilepaskan di salah satu bangunan iconic iaitu Menara Berkembar Kuala Lumpur dan akan melalui beberapa lagi kawasan unik di negara.

“Saya harap, cabaran di laluan Genting Highland menjadi tarikan pelumba malah mereka juga dapat menikmati keindahan alam di negara ini.

LTdL 2019 bakal membariskan 22 pasukan pelumba dari serata dunia dengan melibatkan 122 peserta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");