Sukan Hari Ini

LTdL 2019 Lebih Berjiwa Basikal

Bekas pelumba basikal kebangsaan, Ishak Amin menyifatkan Le Tour de Langkawi (LTdL) telah menyuntik roh berbasikal dikalangan bekas-bekas pelumba.

Jelas beliau, tindakan penganjur yang meminta bekas-bekas pelumba basikal untuk berada dalam pasukan Calvacade sebagai sesuatu yang ditunggu-tunggu.

“Saya adalah bekas pelumba tahun 80an hingga 90an dan untuk LTdL 2019 saya adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk uruskan pasukan calvacade.

“Istimewanya kali ini krew-krew Calvacade itu sendiri adalah terdiri daripada bekas-bekas pengayuh kebangsaan dan bekas pemenang emas untuk sukan sea, sukan asia dan sebagainya.

“Bezanya kumpulan Calvacade sebelum ini dengan tahun 2019 ialah kita nak bawa kembali jaguh yang hampir dilupakan yang mana dikalangan pengayuh ini ada yang tercedera semasa pertandingan dan sebagainya.

“Dan bila ada pertandingan di peringkat antarabangsa dia disisihkan, jadi tahun ini kita bawakan mereka,” katanya kepada Peraktoday disini, hari ini.

Ishak menambah, LTdL kali ini menyuntik lebih tinggi semangat berbasikal berikutan penganjur bukan sahaja menarik bakat-bakat baru untuk sertai pertandingan malah pelumba-pelumba lama juga dapat melibatkan diri.

Dalam pada itu, bercakap mengenai laluan ke Genting Highland hari ini, menurut Ishak, orang ramai perlu berbangga dengan usaha penganjur.

Jelas beliau, dengan usaha penganjur, laluan paling sukar yang telah lama tidak digunakan berjaya diperolehi.

“Bagaimanapun, saya harap penonton dapat menjaga kebersihan. Sia-sia usaha penganjur dapatkan laluan ke Genting Highland kalau penonton akhirnya meninggalkan sampah sarap.

“Akhirnya untuk tahun-tahun selepas ini, kita mungkin tidak lagi menyaksikan LTdL menggunakan laluan Genting Highland,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");