Sukan Hari Ini

LTdL 2019: Media Antarabangsa Kagum Keindahan Malaysia

Penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 membuka mata kumpulan media asing untuk mengenali lebih dalam tentang destinasi-destinasi menarik di Malaysia.

Pertama kali membuat liputan siri jelajah ini, bagi Wartawan Al Jazeera, Ibrahim menyatakan rasa kagumnya dengan Malaysia setelah hampir seminggu berada di tanah air.

“Tidak ada yang kurangnya di Malaysia, dari segi makanan, keramahan masyarakat, destinasi pelancongan serta keindahan alam, semuanya begitu mengujakan.

“Saya berterima kasih kepada penganjur LTdL, kerana memanggil kami untuk melakukan liputan,” katanya sebelum pelepasan peringkat keenam, LTdL 2019 laluan Bagan ke Alor Setar.

Ibrahim menambah, pihak penganjur juga telah melakukan tugas yang berikutan kelancaran siri jelajah itu sehingga ke peringkat keenam.

Katanya, bukan mudah untuk menganjurkan sesuatu program bertaraf antarabangsa dan Human Voyage telah melaksanakan tugas dengan baik.

“Human Voyage telah lakukan tugas yang baik, kami dari Al Jazeera bukan sahaja berpeluang membuat liputan mengenai LTdL semata-mata, sebaliknya turut diberi peluang untuk menerokai destinasi menarik sepanjang siri kejohanan ini dijalankan,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");