Sukan Hari Ini

Lukaku Teringin Ke Serie A

MANCHESTER – Pemain Manchester United, Romelu Lukaku mengakui mimpi indah bakal menjelma dalam dirinya jika impian berhijrah ke Juventus atau Inter Milan pada musim panas nanti menjadi kenyataan.

Terdahulu, pemain berusia 25 tahun tersebut telah menyatakan hasrat untuk beraksi di Turin selepas meninggalkan Chelsea pada 2014.

“Ketika saya meninggalkan Chelsea, saya tetap berpeluang untuk menyertai Juventus.

“Saya tidak tahu kenapa ketika itu saya tidak mengambil keputusan ke Turin, mungkin disebabkan tiada siapa yang mendorong saya ke sana. Selepas itu, Antonio Conte pula meninggalkan Juventus.

“Saingan Serie A merupakan satu impian dalam karier saya dan berharap akan dapat merasai berentap di sana.

“Buat masa sekarang, fokus saya masih bersama United kerana misi pasukan adalah untuk menamatkan saingan Liga Perdana England (EPL) musim ini dalam kelompok empat terbaik,” kata Lukaku.

Kontrak pemain skuad antarabangsa Belgium tersebut di Old Trafford adalah sehingga 2022, namun kariernya bersama United kini semakin samar ekoran masih bergelut dengan prestasi selepas hanya menjaringkan 12 gol daripada 31 penampilannya. – Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");