Berita Hari Ini

Malaysia Dibina Bukan Atas Prinsip Satu Kaum

SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH) menegaskan usaha mereka untuk membina Malaysia bukan berdasarkan prinsip perkauman, sebaliknya dibina secara adil untuk semua kaum.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, berkata prinsip keadilan yang dibawa PH bagaimanapun sering disalah anggap selain dituduh mengabaikan orang Melayu.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan turut memberi jaminan kepentingan orang Melayu tidak akan terjejas walaupun sentimen perkauman sering menjadi senjata parti pembangkang.

“Fahaman politik sempit itu menyebabkan banyak salah anggap dilemparkan kepada PH.

“PH masih berusaha untuk membawa Malaysia kembali ke era kegemilangan dengan pelbagai inisiatif yang sedang dan bakal dilaksanakan.

“Dalam tempoh setahun, pelbagai pembaikan yang sedang dilakukan PH untuk betulkan kembali Malaysia,” katanya ketika ceramah dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Kampung Mambau, di sini, malam tadi.

Beliau turut berkata, usaha dilakukan kerajaan mula menampakkan hasil apabila pelabur asing kini mula melabur di Malaysia manakala pelabur tempatan juga turut melalui fasa sama.

Katanya, perkembangan positif itu secara tidak langsung akan menambah pendapatan negara sekali gus pelbagai kemudahan dan inisiatif yang akan diberikan kepada rakyat.

“Kerajaan PH yakin ekonomi akan kembali kukuh tahun depan dengan pelbagai pelaburan asing akan dibawa masuk ke dalam negara,” katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Mohamad padaa ceramah sama berkata, Tabung Haji (TH) akan terus mengalami kerugian yang teruk jika ia masih di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu.

Beliau berkata, di bawah kerajaan PH, isu kelemahan tadbir urus kewangan yang membelenggu TH sebelum ini sudah dan sedang diatasi, justeru beliau mengingatkan pengundi supaya jangan termakan dakyah dan fitnah daripada pembangkang kononnya TH diuruskan oleh DAP memetik laporan BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");