Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet hari ini setelah mengambil kira bantahan pelbagai pihak termasuk majlis raja-raja.

Jelas Perdana Menteri, bantahan itu berlaku kerana mereka tidak memahami isi kandungan statut berkenaan sehingga bertindak memburukkan kerajaan dan diri beliau.

“Kita menarik diri bukan kerana ia buruk kepada negara tetapi disebabkan kekeliruan yang dicetuskan oleh pihak tertentu.

“Kita dapat maklumat usaha ini libatkan raja-raja supaya menetang kerajaan khususnya Perdana Menteri,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Jemaah Menteri pada 12 Disember 2018 telah memutuskan supaya negara menyertai statut berkenaan.

Menurut Wisma Putra, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah telah menandatangani  Instrumen Kesertaan untuk Malaysia menyertai Statut Rom bagi Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) lapor Utusan Online.