Sukan Hari Ini

Marseille Terus Gagal Akhiri Badi Di Bordeaux

Harapan Marseille beraksi di liga elit Eropah kian tipis selepas tewas 2-0 di Bordeaux awal pagi tadi dalam pertarungan membabitkan dua kelab Perancis dan pemilik dari Amerika Syarikat.

Kekalahan itu meletakkan Marseille di tangga kelima, satu mata di belakang slot Liga Europa tetapi lapan mata ketinggalan daripada slot Liga Juara-Juara dengan baki tujuh perlawanan.

“Hampir mustahil sekarang untuk layak ke Liga Juara-Juara,” kata penyerang Marseille, Florian Thauvin.

“Sangat sukar mengejar selepas kami kehilangan beberapa mata yang bodoh.”

Marseille yang memburu kemenangan pertama di Bordeaux dalam tempoh 42 tahun ketinggalan pada minit ke-27 menerusi jaringan penalti Francois Kamano.

Nicolas de Préville melebarkan kedudukan buat Bordeaux pada minit ke-71.

“Saya sangat bangga dengan pasukan,” kata pemilik Bordeaux, Joe Da Grosa yang puas dengan kemenangan ke atas pesaing rakan senegara, Frank McCourt yang juga pemilik Marseille.

“Mereka mempamerkan prestasi hebat dan ini yang ditunggu penyokong kami.” memetik laporan HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");