Berita Hari Ini

Masih Ada Pelajar Trauma, Tak Hadir Sekolah

JOHOR BAHRU – Masih ada pelajar yang menjadi mangsa pencemaran Sungai Kim Kim trauma dan enggan hadir ke sekolah, bilangan mereka tidak ramai.

Exco Pendidikan, Aminolhuda Hassan berkata, peratusan kehadiran pelajar ke sekolah menunjukkan peningkatan pada hari kedua sesi persekolahan bermula.

“Mengikut laporan kehadiran hari ini mencapai 95 peratus kalau dibandingkan semalam sekitar 90 peratus. Yang masih trauma ini pelajar yang dimasukkan ke hospital.

“Ibu bapa juga masih memantau sekolah anak betul-betul selamat dulu baru anak-anak hadir ke sekolah. Berapa ramai pelajar trauma belum pasti lagi tapi tak ramai ” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Program Pendekatan Jawatankuasa Saintifik Bencana bersama Pejabat Pendidikan Pasir Gudang di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru, hari ini.

Menurutnya, ibu bapa pelajar bagi sekolah-sekolah yang terkesan teruk di kawasan Taman Pasir Putih dan Tanjung Puteri Resort masih mempunyai perasaan bimbang.

“Sekolah yang terkesan teruk seperti SK Taman Pasir Putih, SMK Taman Pasir Putih, SK Tanjung Puteri Resort dan SMK Tanjung Puteri Resort di mana pelajarnya dapat rawatan di hospital, ICU (Unit Rawatan Rapi) memang ibu bapa tidak mahu anak-anak terlibat lagi.

“Kehadiran sekolah yang tidak terkesan ini biasanya antara 96 hingga 97 peratus,” katanya.

Beliau turut mengesahkan tiada pelajar yang menunjukkan simptom-simptom pencemaran selepas dua hari sesi persekolahan bermula.

Ketua Unit Jawatankuasa Saintifik Bencana Pasir Gudang, Prof Dr Abdull Rahim Mohd Yusoff menyampaikan taklimat berkaitan hasil dapatan pasukannya berhubung insiden pencemaran kimia di Sungai Kim Kim kepada pelajar, guru dan ibu bapa memetik laporan SHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");