Membawang Hari Ini

Maya Karin Suka Buat ‘Kerja Gila’

KUALA LUMPUR: Di sebalik kejelitaan dan kelembutannya, barangkali tidak ramai yang tahu pelakon serta penyanyi jelita, Maya Karin sebenarnya lasak serta gila-gila.

Pelakon berusia 39 tahun itu gemar memandu ke destinasi tertentu tanpa perancangan, sebaliknya hanya mengikut gerak hati. Tidak hanya dalam negara, aktiviti sama turut dilakukan ketika dia bercuti di luar negara.

“Jika ditanya perkara yang membuatkan saya gembira, selain menonton wayang, saya suka memandu. Saya akan redah perjalanan mengikut gerak hati, malah tidak kisah jika terpaksa tidur dalam kereta.

“Saya pernah memandu hingga ke Kelantan, seterusnya menuju pula ke Pulau Pinang. Saya suka menikmati keindahan alam dan keseronokan itu sukar digambarkan dengan kata-kata. Mungkin orang cakap saya buat kerja gila, tetapi saya seronok melakukannya,” katanya.

Maya berkata, dia pernah memandu di Iceland, Amerika Selatan dan Australia, biarpun tidak begitu arif dengan arah perjalanan yang ingin dituju.

“Mungkin ada yang takut tersesat dan bimbang memikirkan risiko memandu di luar negara, tetapi saya tidak suka dibebani perkara negatif. Rugi rasanya jika tidak menikmati pemandangan indah di setiap destinasi percutian.

“Saya suka meneroka bandar kecil dan kawasan pedalaman. Saya begitu teruja menikmati pemandangan sepanjang perjalanan dari Melbourne ke Adelaide. Ia sungguh mempesonakan, malah sesuai untuk pasangan yang ingin menikmati bulan madu,” katanya.

Dilantik sebagai duta River Of Life sempena projek Kementerian Wilayah Persekutuan selama setahun, Maya berkata, kesibukan itu tidak membuatkan dia lupa kepada dunia seni yang menjadi darah dagingnya.

Terbaru, Maya mempertaruhkan single, Getaway, bekerjasama dengan Kaka Azraff yang bertindak sebagai penyanyi rap untuk lagu itu.

“Sudah hampir lima tahun saya tidak menghasilkan lagu baharu. Saya suka menyanyi dan tidak pernah terfikir meninggalkan dunia seni suara. Kali ini, saya pilih untuk bekerjasama dengan Kaka menerusi lagu ciptaan Audi Mok dan penyanyi baharu, Atilia Hanna.

“Saya lihat, sudah lama kita tidak mengetengahkan koloborasi antara penyanyi wanita. Lagu ini berkonsepkan santai. Hanya judulnya dalam bahasa Inggeris, tetapi liriknya dalam bahasa Melayu,” katanya – BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");